Thursday, 23 April 2020

Rambutan Gading

 RAMBUTAN GADING

Ni rambutan yang dah jarang ditanam dan susah nak dapat. Rambutan ni berisi tebal dan kulit pada biji selalunya melekat pada isi. Ini juga dipanggil isi lekang.

Selain namanya rambutan gading, ia juga dikenali sebagai rambutan kuning. Warnanya hijau semasa muda. Bertukar kuning bila masak dan kaler oren bila terlalu masak. 

Disebabkan isinya yang padat, buah ini mudah pecah bila jatuh ketanah. Isinya sangat manis apabila cukup kuning dan jika masih ada hijau pada kulitnya, ianya akan terasa seperti bergetah tetapi manis. 

Cara tanaman melalui tut batang dari pokok induk. Rambutan akan berbuah seawal 1.5 - 2 tahun dengan penjagaan yang baik.

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang ke Dunia Impian, Kebunku Duniaku

Lawatan Dusun

LAWATAN DUSUN Kalau musim buah buahan tiba, ramailah orang datang berkunjung ke kebun. Seronok betul dia orang dapat petik buah buahan ...