Saturday, 25 April 2020

Lawatan Dusun

LAWATAN DUSUN

Kalau musim buah buahan tiba, ramailah orang datang berkunjung ke kebun. Seronok betul dia orang dapat petik buah buahan sendiri dan dapat panjat pokok. Mana nak dapat zaman sekarang pengalaman tu, kata tetamu kami.

Hanya bayaran yang sangat minima dikenakan dan nikmati hasil dan kenikmatan duduk kat kebun.

Disamping tu, boleh juga beli untuk bawa pulang.

Limau Sunkist Malaysia

LIMAU SUNKIST MALAYSIA

Setiap kali pergi Cameron Hingland, kalau musim buah ni, geram betul tengok. Kat taman rama rama pon ada pokok ni dan lebat betul buahnya. Aduhai...

Namun, apa yg dicita cita itu sebenarnya boleh kita dapat. Pokok ni beli kat nurseri di Sungai Buloh. Beberapa tahun lepas, harganya dan RM60 sepokok! Banyak kali juga pikir nak beli ke tidak. Tapi bila pikir susah nak dapat pokok ni, beli juga 2 pokok.

Masa beli pokok dan besar dan dah berbuah. Sampai sekarang hidup subur dan berbuah sepanjang tahun. Isinya manis dan banyak jus pula.

Kalu tengah musim, dapatlah orang yang datang ke kebun merasa. 

Longan

LONGAN

Longan biasanya banyak ditanam di Thailand dan Myanmar dan sangat subur hidup disana. Tapi kini, di Malaysia pon boleh hidup dengan subur.

Ada bermacam macam spesis longan. Kat Kebun Tok Yah ada 2 jenis longan yg ditanam iaitu Longan Biasa dan Longan Pingpong. Longan Pingpong ni buahnya sebesar duit 50 sen dan isinya agak kering sangat manis. Sediakan air klau nak makan buah yg ni, bimbang tersedak.

Hingga sekarang, benih pokok longan agak mahal. harganya antara rm20-30 sepokok. Bila dijaga dengan baik dan cukup pembajaan, pokok akan subur dan buah pon lebat.

Thursday, 23 April 2020

Pulasan

PULASAN

Pulasan adalah sejenis pokok tahun. Kulitnya lebih keras dari rambutan dan isinya lebih sedap dari rambutan !! kalau tanya sayalah..

Pulasan ambil masa yang lebih lama untuk masak berbanding rambutan kerana kulitnya yang tebal. Rasanya sebulan hingga dua bulan. Belum sempat nak catit secara terperinci.

Jika dan cukup masak, kulitnya senang di buka, hanya pulas sedikit dan boleh makan isinya. Harganya juga lebih mahal dari rambutan sebab dah kira buah yang rare kat Malaysia ni.

Tanaman dari tut dari pokok induk yang matang. Selepas 2 tahun akan berbuah. baja 15.15.15 diperlukan semasa pembesaran. Tanaman dari biji benih juga boleh tetapi akan ambil masa yang lebih lama untuk berbuah.

Anggur

Anggur

Anggur memang sinonim dengan negara yg beriklim sederhana dan bermusim. Walaupun begitu, ia tetap hidup di Malaysia.

Anggur tanah rendah ini memerlukan baja dan air yang banyak untuk hidup subur. Apabila cukup matang, ia akan manis tetapi bijinya juga sangat besar.

apabila buah telah dipetik, dahan dan ranting perlu dipotong untuk tuna baru dan menghasilkan bunga dan buah.

Keratan batang adalah cara utk menanam anggur ini.

Limau Bali

Limau Bali

Juga dikenali sebagai LimauTambun iaitu satu daerah di Perak yang banyak ditanam pokok buah ini. Limau disini sangat manis dan sedap kerana banyak galian dari gunung ganang dan batu kapur di kawasan tersebut.

Walaupun begitu, limau bali juga boleh hidup subur dengan penjagaan yang baik di Malaysia ini. Baja tahi ayam sangat sesuai.

Buahnya perlu dibungkus dengan kertas surat khabar supaya tidak disuntik oleh lalat buah. Pembungkusan juga adalah satu cara untuk membesarkan buah. Bungkusan dengan plastik tidak sesuai utk limau bali.

Cara tanaman dengan tut dahan dari pokok induk yg matang. Buah mulia matang selepas 5 bulan dari ia berputik. (lamanyaaa)

Jambu Madu

Jambu Air Madu

Ada berbagai bagai variati jambu air ni. Ada jambu Loceng, Jambu Hijau Deli, Jambu Stoberi, Jambu Taiwan. Juga dikenali sebagai Rose Apple.

Jambu ni sangat suka diserang oleh serangga atau lalat buah. Apabila disuntik telur, maka akan berulatlah jawabnya jambu tu. Ada berbagai racun boleh digunakan, namun membungkus adalah jalan terbaik dan bebas bahan kimia.

Membugkus seawal mungkin apabila bunga telah kembang sepenuhnya. Gunakan plastik yang agak tebal supaya tidak boleh ditembusi serangga. 

Kaedah tanaman dari cantuman batang dan tut dari pokok induk. berbuah seawal 2 tahun dengan penjaggan yg baik. Buah matang 20-30 hari dari ia berputik.



Rambutan Anak Sekolah

Rambutan Anak Sekolah

Tak tahulah mana datangnya nama rambutan ini,  namun menurut satu artikel, nama ini diperolehi dari seorang raja Thailand. Asal pokok rambutan ini ada disebuah tokong buddha dan berdekatan sebuah sekolah. Apabila raja mengetahui tentang pokok ini, beliau telah menitahkan supaya bijinya disebarkan keseluruh negara dan menamakannya rambutan anak sekolah kerana pokok tersebut bersebelahan dengan sekolah di tokong tersebut. Panjangnya.

Rambutan ini juga yang paling popular di Malaysia kerana rasanya yang manis dan isinya tidak melekat dengan kulit biji.

Cara tanaman dengan tut dari pokok induk atau cantuman batang. Berbuah seawal 1.5 - 2 tahun. Baja tahi ayam setiap 2 minggu sekali. Cepatlah ia membesar.

Rambutan Gading

 RAMBUTAN GADING

Ni rambutan yang dah jarang ditanam dan susah nak dapat. Rambutan ni berisi tebal dan kulit pada biji selalunya melekat pada isi. Ini juga dipanggil isi lekang.

Selain namanya rambutan gading, ia juga dikenali sebagai rambutan kuning. Warnanya hijau semasa muda. Bertukar kuning bila masak dan kaler oren bila terlalu masak. 

Disebabkan isinya yang padat, buah ini mudah pecah bila jatuh ketanah. Isinya sangat manis apabila cukup kuning dan jika masih ada hijau pada kulitnya, ianya akan terasa seperti bergetah tetapi manis. 

Cara tanaman melalui tut batang dari pokok induk. Rambutan akan berbuah seawal 1.5 - 2 tahun dengan penjagaan yang baik.

Lemon

POKOK LEMON

Hidup subur di tanah kami. Buah sepanjang tahun dan besar besar. Pokok yang banyak duri dan kene rajin gunting duri tu. kalau nak buah cantik, kene bungkus. Jika tidak, alamatnya di serang serangga perosak.
Selamat Datang ke Dunia Impian, Kebunku Duniaku

Lawatan Dusun

LAWATAN DUSUN Kalau musim buah buahan tiba, ramailah orang datang berkunjung ke kebun. Seronok betul dia orang dapat petik buah buahan ...